Thursday, November 24, 2011

Siapa perlu belajar bahasa Arab?





KENALI BAHASA AL-QURAN

SIRI 49

Ramai yang tertanya-tanya, "Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa 
Arab?" Seterusnya satu lagi soalan iaitu "Siapa pula yang sepatutnya perlu 
menguasai bahasa Arab?" 

Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya 
menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.

Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam. Ini kerana pedoman 
uta ma umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam 
bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan 
fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada 
orang kata, "Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul." Tetapi bagaimana 
beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha 
mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi. 

Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. 
Kebanyakan kita masih belum memahami apa yang terkandung di dalam al-
Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, 
belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.

Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran 
komersial, korporat dan ahli perniagaan. Tahukah kita, terdapat 23 negara 
Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi.

Daripada 23 buah negara tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang 
kaya-raya dengan sumber alam dan menawarkan banyak projek mega. 
Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia berjaya mendapat 
tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan 
komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk 
meyakinkan pihak-pihak berkenaan.

Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh 
berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Ini memang tidak 
dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan 
dapat menarik minat mereka.

Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih belum dapat 
menembusi pasaran negara Arab secara maksimum? Mengapa nilai 
dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan 
Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannnya. Semua 
23 buah negara Arab tersebut (kecuali Lubnan) menjadikan Islam sebagai 
agama rasmi. Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan 
profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh 
menarik minat pelanggan berbangsa Arab.

Ini kerana walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa 
Inggeris, tetapi untuk menawan hati mereka penggunaan bahasa Arab 
sangat diperlukan.

Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, 
jurutera dan lain-lain. Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu 
pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional ini tidak mampu 
merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. 
Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-
Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung 
kepada terjemahan sahaja. 

Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara 
saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh tema 
berkaitan keprofesionalisme untuk renungan, dikaji, diamalkan dan dijadikan 
iktibar kepada generasi akan datang. 

Contohnya, persoalan tentang bilangan perkataan dalam al-Quran. Bilangan 
perkataan dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris, huruf, perkataan, 
jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah bermakna. Berikut 
dinyatakan beberapa contoh bilangan perkataan dalam al-Quran.

Berdasarkan statistik di atas didapati terdapat konsep keseimbangan antara 
dua perkara yang berlawanan seperti dunia akhirat, hidup mati, malaikat 
syaitan, lelaki perempuan dan panas sejuk. Begitu juga terdapat konsep 
sebab dan akibat iaitu zakat-berkat. Dalam hal ini didapati bilangan 
keduanya adalah sama.

Manakala perkataan hari, bilangannya ialah bilangan 
perkataan????????ialah sebanyak 349. Jika ditambah dengan perkataan 
???????????ia menjadi 354 iaitu bersamaan dengan jumlah satu tahun 
Hijrah. Jika ditambah dengan perkataan ????????ia menjadi 365 iaitu 
bersamaan dengan jumlah satu tahun Masihi.

Seterusnya didapati jumlah perkataan laut dan darat tidak sama. 
Sehubungan itu, terdapat kemungkinan cara mengira keluasan daratan dan 
lautan ialah seperti berikut:

Lautan = 33 Daratan = 12 Jumlah = 45

Luas Daratan ialah 12/45 x 100 = 26.67 %

Luas Lautan ialah 33/45 x 100 = 73.33 %

Faktor ini sepatutnya diambil kira dalam pengiraan keluasan daratan. 
Seterusnya faktor ini memberi kesan yang sangat penting dalam soal 
penambakan laut. Ini kerana ayat Allah terbahagi kepada dua iaitu: a) Ayat 
Maqruah atau tanda yang boleh dibaca iaitu al-Quran dan b) Ayat Manzurah 
atau tanda yang boleh dilihat iaitu alam sekitar. Ini bermakna kita tidak boleh 
sewenang-wenangnya menokok tambah sama ada ayat maqruah atau ayat 
manzurah. 

Selain itu perkataan (lautan-daratan) atau (sea-land) masih tidak boleh 
menandingi perkataan?????-?????????Ini kerana kedua-dua perkataan ini 
berkait rapat antara satu sama lain. 

Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan. 
Amat bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan hadis. Kedua-duanya dalam 
bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk mendapatkan nilai kajian yang 
lebih mutu akademiknya, ahli akademik sepatutnya menguasai bahasa Arab.

Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan untuk renungan 
bersama. Antaranya ialah golongan profesional dan akademik seperti pakar 
sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah menjadikan al-Quran sebagai 
rujukan utama untuk meningkatkan kerjaya mereka dalam bidang sains. 
Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran perlukan kemahiran 
bahasa Arab, guru sains, pakar sains dan saintis perlu belajar bahasa Arab 
mengikut kaedah yang sesuai untuk mereka. Seterusnya untuk jangka 
pendek, guru sains, pakar sains dan saintis perlu berganding bahu dengan 
ulama yang memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam 
bidang sains dan teknologi.

Jadi mari kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga boleh 
menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita 
ceburi. Kesemua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke 
matlamat asal iaitu untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment