Friday, November 25, 2011

Viztel bangunkan portal suara bahasa Arab





KUALA LUMPUR 3 Okt. _ Viztel Solutions (Viztel) akan membangun portal 
suara dalam bahasa Arab dan memasang sistem Speech Junction Auto 
Attendant di Kuwait menerusi perjanjian yang diperolehnya dengan Kuwait 
Computer Company (KCC).

Ketua Pegawai Eksekutif Viztel, Lau Kin Wai berkata, perjanjian itu merupakan 
langkah pertama syarikat menerokai pasaran teknologi maklumat (IT) yang 
lumayan di Timur Tengah.

``Potensi pasaran teknologi suara di Timur Tengah adalah besar. Kami 
menjangka lebih banyak syarikat di Timur Tengah akan beralih kepada 
teknologi,'' katanya di sini hari ini.

Portal suara dalam bahasa Arab yang mempunyai keupayaan mengenal dua 
bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris itu akan menyediakan 
perkhidmatan maklumat peribadi seperti e-mel dan diari. Viztel dijangka 
mengambil masa selama tiga bulan untuk melaksanakan projek di Kuwait itu.

Sementara itu, KCC dalam kenyataannya berkata, portal suara itu akan 
memberi perkhidmatan di seluruh rantau Arab.

Menurutnya, pengguna boleh mendapatkan maklumat menerusi telefon tanpa 
perkhidmatan operator 24 jam sehari.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment