Thursday, November 24, 2011

"MALAYSIA-TRULY ASIA" DIRAKAMKAN DALAM BAHASA ARAB




DUBAI, 20 Ogos (Bernama) -- Promosi pelancongan Malaysia di Asia Barat
telah menggunakan pendekatan santai dengan merakamkan lagu "Malaysia-Truly
Asia" dalam bahasa Arab.
    Komposer lagu itu, Datuk Ahmad Nawab, berada di sini baru-baru ini bagi
menyeliakan rakaman lagu dalam bahasa Arab itu, yang dinyanyikan oleh
seorang artis wanita Arab.
    Sebelum berlepas ke Istanbul bagi rakaman lagu itu dalam bahasa Turki,
Ahmad Nawab memberitahu Bernama bahawa pihaknya merancang untuk
menterjemahkan lirik lagu itu ke dalam 17 bahasa.
    Beliau merancang untuk pergi ke Moscow dari Turki untuk menerbitkan
lagu itu dalam versi Russia.
    Ahmad Nawab berkata lagu asal dicipta untuk menggambarkan mengenai
orang Melayu dengan rentak moden yang agak rancak untuk menawan perhatian
orang ramai.
    Katanya dalam versi bukan bahasa Melayu, irama lagu dikekalkan tetapi
disesuaikan dengan elemen muzik dan kebudayaan bahasa terjemahannya.
    -- BERNAMA
    SKH MFJ RHM

No comments:

Post a Comment