Friday, November 25, 2011

Buku rujukan bahasa Arab di pasaran




BAHASA Arab adalah salah satu bahasa asing yang sukar dipelajari kerana
struktur bahasanya yang kompleks dan masih belum mempunyai kaedah
pembelajaran yang tersusun seperti bahasa Inggeris.
  Buku rujukan dalam bahasa Arab juga tidak banyak di pasaran dan bahan
rujukan yang sedia ada masih belum mampu untuk membantu pelajar menguasai
bahasa berkenaan.
  Bagaimanapun masyarakat hari ini sudah menyedari tentang pentingnya
bahasa Arab dan sanggup menghadiri kelas, mengikuti program televisyen dan
memilih sekolah aliran agama.
  Justeru Penerbitan Al-Madani Sdn Bhd telah menyusun pendekatan belajar
bahasa Arab ringkas dan sistematik untuk kefahaman yang menyeluruh kepada
pelajar.
  Kaedah Qamar (Kaedah mudah pandai Arab) direalisasikan melalui tujuh
buku yang terdiri daripada Panduan Mudah Merujuk Kamus Bahasa Arab, empat
buku cerita Kancil, Asas-asas Penting Bahasa Arab dan Kaedah Ringkas
Bahasa Arab.
  Buku-buku cerita Kancil disusun dalam bentuk yang menarik untuk membantu
peningkatan dan penguasaan bahasa di samping mewujudkan minat di kalangan
pelajar.
  Buku ini sesuai digunakan oleh guru untuk kempen membaca di sekolah
kerana ia membantu pelajar menambah perbendaharaan kata.
  Bagi membantu dan memudahkan proses memahami tatabahasa (Kaedah Nahu dan
Sorf), Penerbitan Al-Madani menyediakan dua buku iaitu Asas-asas Penting
Bahasa Arab dan Kaedah Ringkas Bahasa Arab.
  Buku yang ditulis dalam bahasa Melayu ini mendapat sambutan
menggalakkan.
  Menurut Eksekutif Pemasaran Syarikat Penerbitan Madani, Shafri Salam,
pihaknya sedang berusaha menambah dan mempelbagaikan bahan terbitan
seperti siri ABQARI khusus untuk panduan pelajar di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).
  Bagi sesiapa yang berminat mendalami kaedah ini atau berhasrat menjadi
pengedar diminta menghubungi ibu pejabat Penerbitan Al-Madani di Batu
Caves, Selangor melalui talian 03-6855693 atau 03-6865424 untuk keterangan
lanjut.
                              (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment