Thursday, November 24, 2011

Guna bahasa Arab tingkat komunikasi




SAYA tertarik dengan gagasan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan
     Kassim, seperti dilaporkan 12 Julai lalu yang mewajibkan penggunaan
     bahasa Arab pada perhimpunan di sekolah agama. 
       Ini secara tidak langsung melatih pelajar memahirkan dan membiasakan
     diri dengan penggunaan bahasa al-Quran itu.
       Kelemahan pelajar jurusan agama dalam kemahiran bahasa Arab amat
     meruncing kini. Bukan saja berlaku pada peringkat sekolah malah pada
     peringkat universiti. Jika dulu, pelajar malah lepasan pengajian Islam
     bukan saja mampu menguasai teori bahasa Arab dan tata bahasanya, malah
     mampu berkomunikasi dengan baik.
       Ledakan ilmu memaksa masyarakat menguasai pelbagai bahasa selain bahasa
     ibunda. Penguasaan bahasa Arab hendaklah dijadikan sebagai tanggungjawab
     yang perlu dilaksanakan pelajar dan mahasiswa jurusan pengajian Islam. 
       ASMA' WARDAH SURTAHMAN,
       Akademi Pengajian Islam UM.
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment