Friday, November 25, 2011

Kursus bahasa Arab




ALOR SETAR 15 Mei _ Institut Agama Islam Kedah (Insaniah) menawarkan 
kurikulum khas bagi orang awam yang ingin mempelajari bahasa Arab.

Pengarah Insaniah, Profesor Datuk Dr. Marzuki Mahmood berkata, program 
yang telah dijalankan semenjak 1999 dibahagikan kepada empat tahap iaitu 
tahap satu hinggalah ke tahap tiga.

``Untuk menentukan tahap yang akan diduduki oleh peserta, ujian 
peperiksaan akan diadakan terlebih dahulu,'' katanya dalam kenyataan yang 
dikeluarkan di sini hari ini.

Pengambilan baru akan dibuka pada September setiap tahun. Orang ramai 
yang berminat boleh hubungi pihak Jabatan Pendaftar Insaniah di talian 
047320163. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment