Thursday, November 24, 2011

`Brief on Malaysia' versi Arab banyak kesilapan bahasa




SEMPENA Sidang Kemuncak ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Pusat
Konvensyen Putrajaya, pertengahan Oktober lalu, banyak bahan bacaan,
risalah dan majalah diedarkan secara percuma. Antaranya buku Brief on
Malaysia yang ditulis Jamiah Mohd Jan.
  Buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia itu diedarkan
dalam tiga bahasa, Inggeris, Perancis dan Arab. Saya hanya sempat membelek
versi bahasa Inggeris sepanjang persidangan.
  Sememangnya buku ini banyak mengandungi maklumat berguna untuk pelancong
dalam mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Bagaimanapun, versi bahasa
Arab amat mengejutkan kerana kesalahan bahasa yang amat ketara.
  Kesalahan ini bukan sekadar dari segi pemilihan perkataan yang sesuai
dalam penterjemahan bahkan merangkumi kesalahan tata bahasa yang amat
teruk.
  Sepatutnya Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia membuat rujukan
terlebih dulu dalam penterjemahan dengan Institut Terjemahan Negara, Dewan
Bahasa dan Pustaka atau Kementerian Pendidikan, kerana Kementerian
Pendidikan mempunyai sejumlah besar guru pakar bahasa Arab yang berkaliber
dalam penterjemahan.
  Saya amat berharap Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia menghentikan
pengedaran buku ini dan membuat rujukan semula kerana buku ini membawa
nama Malaysia ke seantero dunia Arab.
  Alangkah malunya jika ada kesalahan tata bahasa yang amat teruk di dalam
buku terbitan agensi kerajaan.
  ABU LELYAH,
Genting Kelang Baru, KL
                              (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment