Thursday, November 24, 2011

UIA TAWARKAN KURSUS BAHASA ARAB UNTUK ORANG RAMAI




KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
akan mengendalikan kursus bahasa Arab selama 32 minggu untuk masyarakat
umum.
   Kursus itu dikendalikan oleh Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik
Pra-Universiti, kata kenyataan Unit Komunikasi UIA hari ini.
   Kursus itu terbahagi kepada tujuh peringkat dan setiap peserta
dikenakan bayaran RM350 dari peringkat satu hingga tiga dan RM400 bagi
peringkat empat hingga tujuh. Peserta-peserta akan diberi sijil penyertaan.
   Kursus itu diadakan setiap Isnin dan Rabu dari pukul 8 hingga 10 malam
di kampus induk UIA, Jalan Universiti, Petaling Jaya mulai 6 Mei hingga 6
Jan depan.
   Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pusat
Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti, Universiti Islam
Antarabangsa, Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor atau
menelefon 03-7903447, 7903230, 7903222 atau faks 03-7572589.
   Kiriman wang pos dan cek hendaklah dibuat atas nama Bendahari, UIA
Malaysia.
-- BERNAMA
   ZKS NMO

No comments:

Post a Comment