Thursday, November 24, 2011

KISAS JOHAN DEBAT ANTARABANGSA PELAJAR KATEGORI BAHASA ARAB





 
KULA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas)Klang
dan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Baharu, masing-masing muncul johan
bagi kategori Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia dalam kejohanan debat antarabangsa
pelajar kali kedua di sini hari ini.
    Sri Ayesha Islamic School dari Bandar Baru Bangi pula muncul johan bagi
kategori Bahasa Inggeris.
    Sekolah Menengah Islam Hidayah juga muncul naib johan bagi kategori bahasa
Arab dan Bahasa Inggeris. Kisas juga muncul naib johan bagi kategori Bahasa
Malaysia.
    Bagi setiap kategori, johan menerima hadiah RM1,000, piala pusingan berserta
sijil dan trofi manakala naib johan menerima RM700, berserta sijil dan trofi.
    Kejohanan itu dianjurkan bersama Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram),
Musleh Bhd (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia dan International Centre for Educational Excellence Berhad (ICEE).
    Pengerusi Musleh Berhad Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata selain
mencungkil bakat berpidato dan berdebat dalam tiga bahasa, kejohanan itu juga
bertujuan melahirkan modal insan berkualiti.
    Seramai 158 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar jaringan Sekolah
Menengah rangkaian Musleh, sekolah berasrama penuh dan sekolah swasta mengambil
bahagian dalam kejohanan yang bermula 8 Julai lalu. 
    -- BERNAMA    
    KR NAK NH

No comments:

Post a Comment