Thursday, November 24, 2011

Perlis wajib sekolah agama guna bahasa Arab




KANGAR: Selepas arahan guru sekolah menengah dan rendah menggunakan
     bahasa Inggeris ketika berucap pada sesi perhimpunan pagi, kerajaan
     Perlis kini mewajibkan penggunaan bahasa Arab di semua sekolah agama pada
     perhimpunan mereka.
       Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata guru besar dan murid
     sekolah agama diwajibkan berbahasa Arab bagi mengembangkan penggunaan
     bahasa itu di kalangan pelajar.
       "Ramai pelajar memahami bahasa itu tetapi gagal berkomunikasi dengan
     baik kerana tidak digunakan dalam perbualan," katanya selepas menutup
     program Sena Cyberkids Camps 2005 di Sekolah Kebangsaan Sena, di sini,
     semalam.
       Program yang dianjurkan bersama SK Sena dan syarikat komunikasi, Maxis,
     turut disertai pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khoon Aik dan
     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar.
       "Tidak cukup sekadar memberi Assalamualaikum sebagai mukadimah pada
     perhimpunan pagi, guru perlu memperluaskan ucapan mereka dengan
     menggunakan bahasa itu," katanya
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment