Saturday, November 26, 2011

UIA tidak wajar wajibkan Bahasa Arab


MERUJUK kepada berita yang tersiar dalam Berita Harian pada 5 Jun 1998
mengenai kemerosotan permohonan calon bagi sesi 1998, ingin saya membuat
sedikit komen.
  Usaha Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuala Lumpur untuk
memperkenalkan Bahasa Arab dalam Program Matrikulasi adalah baik tetapi
ianya tidak sepatutnya dijadikan syarat wajib untuk seseorang pelajar
lulus program matrikulasinya.
  UIA harus liberal dalam soal ini kerana sistem Pendidikan Kebangsaan
dalam negara kita buat masa ini masih belum mewajibkan pelajar di sekolah
mempelajari Bahasa Arab. Sebaliknya di sekolah rendah, hanya bagi selama
30 minit sahaja dalam seminggu. Ini memang tidak mencukupi. Jadi, apa yang
berlaku sekarang ialah Bahasa Arab diletak sebagai satu mata pelajaran
pilihan di sekolah-sekolah tertentu saja.
  Bagi Malaysia penggunaan Bahasa Arab dalam urusan seharian didapati
sangat terhad kecuali dalam soal pembelajaran dan penghayatan agama Islam.
Justeru, adalah tidak wajar bagi UIA untuk mengenakan syarat wajib bagi
semua pelajar Matrikulasi tanpa mengira disiplin yang diminati oleh
seseorang kerana mereka berasal dari pelbagai latarbelakang. Ianya harus
dijadikan pilihan ataupun diajar untuk tujuan komunikasi sahaja.
  Jika kita lihat Sistem Pensijilan terbuka yang akan dilaksanakan di SPM
menjelang tahun 2000, pelajar akan diberi pilihan mengikut keupayaan
masing-masing. Dasar ini harus dipegang oleh semua universiti.
  Lagipun, pensyarah yang ditugaskan untuk mengajar pelajar yang tidak
mempunyai pengetahuan asas dalam mata pelajaran seperti Bahasa Arab.
  Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa,
dasar UIA harus mencerminkan perkembangan bersesuaian dengan peredaran
zaman. Langkah-birokratik yang kurang popular sepatutnya
diketepikan.Tempoh matrikulasi juga hendaklah selaras dengan universti
tempatan lain sebagai tanda menyambut seruan dasar negara. Jika ini
diamalkan kebanggaan terhadap UIA akan kembali semula.

No comments:

Post a Comment