Friday, November 25, 2011

Tahap sebutan bahasa Arab imam wajar diperhati




JABATAN Agama Islam Ipoh (Jaip), baru-baru ini menyatakan akan membuat
perubahan terhadap pengurusan masjid. Antara perkara yang akan diberi
perhatian ialah memastikan unsur politik kepartian tidak berkembang dalam
masjid. Tindakan itu wajar dialu-alukan.
  Perkara lain yang perlu ditumpukan ialah tahap kemampuan imam terhadap
sebutan bacaan dalam bahasa Arab. Ini terutama, imam yang dilantik membaca
khutbah Jumaat atau hari raya.
  Pengalaman saya bersolat Jumaat di beberapa masjid di Perak mendapati
ada imam, terutama di luar bandar yang membaca ayat al-Quran dengan bacaan
kurang sempurna. Begitu juga dengan hadis.
  Tajwid dan makhraj huruf dalam bacaan solat langsung tidak
dititkberatkan. Hatta menyebut nama surah pun tidak betul. Misalnya, surah
Ali-Imran disebut surah Al-Imran.
  Saya malu melihat imam kelam kabut menyebut ayat al-Quran. Ada yang
mengubah perkataan dalam ayat itu sama ada sengaja atau tidak.
  Ini menunjukkan imam tidak bersedia untuk membaca khutbah.
  Begitu juga dengan imam yang dikategorikan tua. Jemaah akan bosan
apabila mendengar mereka menyampaikan khutbah, ditambah lagi apabila
suaranya tidak berapa jelas.
  Maka ramai tidur serta penghayatan khutbah juga hilang.
  Oleh itu, saya mengharapkan agar Jaip menilai kembali kemampuan
seseorang imam terutama dari segi mutu pembacaan, khususnya dalam bahasa
Arab.
  Jika boleh jangan hanya memberi seminar kepada imam, malah melaksanakan
ujian pembacaan setiap imam.
  Pastikan orang yang menilai pembacaan itu fasih membaca al-Quran.
PEMERHATI IMAM,
Ipoh, Perak.
                                (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment