Friday, November 25, 2011

Kuasai bahasa Arab sebelum lanjutkan pelajaran ke Mesir





KOTA BHARU 22 Ogos _ Pelajar-pelajar agama Kelantan yang akan 
melanjutkan pelajaran ke Mesir tahun ini dinasihatkan supaya belajar bahasa 
Arab sehingga dapat menguasai sepenuhnya bahasa itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan, Penerangan dan 
Dakwah, Muhammad Daud berkata, penguasaan bahasa Arab penting bagi 
pelajar agama dan Arab.

Katanya, tanpa menguasai bahasa Arab sukar bagi pelajar untuk mengikuti 
pelajaran kerana semua kitab-kitab dalam bahasa berkenaan.

``Pada umumnya, kebanyakan pelajar kita masih lemah bahasa Arab sebab itu 
penekanan kepada bahasa ini penting,'' katanya ketika berucap pada majlis 
meraikan pelajar agama Kelantan yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir 
bulan September ini di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut memberikan 
nasihat kepada para pelajar berkenaan.

Mereka akan mengikuti pelbagai bidang pengajian selama empat tahun iaitu 
bahasa Arab, syariah dan usuluddin.

Beliau juga meminta pelajar-pelajar supaya tidak mensia-siakan peluang itu 
sebaliknya belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan.

``Seeloknya biar lulus dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menunggu 
masa lebih yang lama,'' ujarnya.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment