Thursday, November 24, 2011

PENGAJARAN ISLAM DAN BAHASA ARAB PEMANGKIN PEMBINAAN MASYARAKAT : MASHITAH


 
NILAI, 23 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata pengajaran Islam dan bahasa Arab diakui sudah
menjadi pemangkin pembinaan masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di
serata dunia.
    Berucap merasmikan seminar Pengajian Islam Menjana Keintelektualan Ummah di
sini hari ini, beliau berkata memandangkan cabaran yang dihadapi umat Islam di
Asia Tenggara memerlukan kepada persefahaman dan pengetahuan semasa berkaitan
dengan isu-isu pendidikan Islam, bahasa Arab dan bahasa Inggeris maka seminar
yang diadakan itu amat bertepatan dengan tujuan pelaksanaannya.
    Mashitah berkata seminar itu bertujuan antara lainnya untuk menentukan hala
tuju pengajaran Pengajian Islam, bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang perlu
diperkasa serta diperkukuhkan agar jati diri umat Islam tidak terhakis
dalam menyaingi arus pemodenan bagi membentuk satu peradaban Islam yang
disanjung tinggi oleh semua masyarakat.
    Seminar tiga hari itu anjuran Universiti Sains Islam Malaysia turut mendapat
kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Bahagian Pendidikan Islam
Malaysia, Kementerian Pelajaran.
    -- BERNAMA
    RP MAI

No comments:

Post a Comment