Thursday, November 24, 2011

15 IPT sertai debat bahasa Arab UIAM


SEBANYAK 15 institut pengajian tinggi (IPT) dijangkakan menyertai
     pertandingan debat bahasa Arab antara Ipt anjuran Jabatan Komunikasi dan
     Pengembangan Pengucapan (Spice) dan Kelab Debat Bahasa Arab, Universiti
     Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
       Kejohanan kali ke tiga bermula dari 5 hingga 9 Ogos itu akan
     berlangsung di Kullyiah Seni Bina dan Reka Bentuk Persekitaran, UIAM dan
     turut mendapat kerjasama daripada Majlis Debat Universiti Malaysia
     (Madum). 
       Pertandingan bertemakan Persediaan Ke arah Debat Bahasa Arab Peringkat
     Antarabangsa itu bertujuan membuka minda pelajar supaya berfikiran secara
     proaktif dalam memberikan pandangan terhadap isu global masa kini. 
       Selain mengetengahkan bahasa Arab di kalangan pelajar, pertandingan itu
     juga dapat mencungkil bakat baru yang mampu diketengahkan di samping
     melahirkan sikap kerjasama berpasukan di kalangan peserta. 
       Pengarah program, Mohammad Abu Qatadah Ismail, 21, berkata pertandingan
     yang diadakan secara ala Parlimen itu dibahagikan kepada dua bahagian
     iaitu kategori bahasa Arab sebagai bahasa petuturan utama dan kategori
     terbuka bagi pelajar yang bertutur sebagai bahasa ke dua. 
       Mohammad berkata, pertandingan itu juga dapat mempromosikan bahasa Arab
     di samping meletakannya setandingan dengan perdebatan kategori bahasa
     Melayu dan Inggeris seterusnya melahirkan bakat baru yang berkaliber di
     kalangan peserta. 
       Johan bagi pertandingan berkenaan akan menerima piala pusingan Menteri
     di Jabatan Perdana Menteri dan wang tunai RM1,000.Tempat kedua pula
     menerima hadiah wang tunai RM750 sementara tempat ketiga RM500. 
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment