Friday, November 25, 2011

AQFA tawar ikuti kursus bahasa Arab





PELUANG PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

AQFA mempelawa pelajar Malaysia dari jurusan agama yang berminat 
memajukan penguasaan bahasa Arab supaya turut serta mengikuti Kursus 
Intensif Bahasa Arab (KIBA) di beberapa cawangannya di Pahang April ini.

Kursus tersebut diadakan bagi memperkemaskan persediaan pelajar Malaysia 
yang bakal melanjutkan pengajian dalam jurusan agama di universiti Timur 
Tengah terutamanya Universiti Al Azhar, Mesir.

Selain itu, KIBA juga dianjurkan untuk membantu pelajar jurusan Islam negara 
ini mengatasi masalah kegagalan di dalam mata pelajaran agama.

Dari kajian dan pemerhatian yang telah dibuat kelemahan komunikasi, 
pemahaman, lemah semangat serta kurang penyesuaian terhadap suasana 
pembelajaran merupakan punca kepada kegagalan mereka.

Pusat bahasa AQFA turut mengalu-alukan para pelajar dari seluruh negara 
yang berminat supaya menyertai dan mengambil istifadah dari kursus ini.

Anak syarikat Yayasan Pahang ini menganjurkan kursus tersebut di bawah 
kendalian IKIP di beberapa cawangan seperti Kuantan, Temerloh dan Jerantut.

Pelajar yang berkelulusan Sijil Empat Sanawi atau Sijil Tinggi Agama yang 
diiktiraf oleh universiti khususnya Universiti Al Azhar layak menyertai kursus 
ini.

Kursus yang terbahagi kepada dua pakej ini menawarkan peringkat persediaan 
selama 3 bulan sementara peringkat pengukuhan pula mengambil masa 
selama 6 bulan.

Sementara itu, mata pelajaran yang ditawarkan pula merangkumi pelbagai 
aspek termasuk komunikasi, pembacaan serta pemahaman.

Mata pelajaran asas seperti ilmu ketuhanan, teknik menghafal Quran, retorika 
dan kaedah mengeluarkan hukum juga diselitkan bersama dengan beberapa 
keperluan rohani seperti komputer, Bahasa Inggeris dan kem motivasi.

KIBA anjuran AQFA ini juga menyediakan tenaga pengajar dari universiti 
tempatan dan Timur Tengah yang profesional selain membantu menguruskan 
kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment