Thursday, November 24, 2011

UNIVERSITI BAHASA ARAB DICADANGKAN DI PERLIS





 
KANGAR, 20 Jun (Bernama) -- Kementerian Pendidikan sedia menimbang
permohonan kerajaan negeri Perlis untuk membina Universiti Bahasa Arab,
kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Matnor Daim.
   Pihak Kementerian, akan berbincang lanjut dengan kerajaan negeri dan
jika segalanya dipersetujui ia akan dibawa kepada Kabinet bagi
melaksanakannya secepat mungkin.
   Matnor berkata demikian kepada para pemberita selepas majlis perasmian
sambutan Hari Guru Peringkat negeri Perlis oleh Menteri Besar Datuk Seri
Shahidan Kassim di Dewan Warisan di sini, hari ini.
   Setakat ini hanya Perlis yang telah menawarkan tapak bagi membina
universiti terbabit dan universiti itu boleh membuka peluang kepada
pelajar-pelajar negara jiran seperti selatan Thailand dan Sumatera Utara
untuk turut belajar di universiti itu, katanya.
   Universiti itu akan mengendalikan pengajian dalam pelbagai bidang
pengajian sama seperti di universiti-universiti lain tetapi semua
pengajarannya menggunakan bahasa Arab. 
   Shahidan berkata kerajaan negeri telah menawarkan satu kawasan seluas
20 hektar untuk universiti itu dan jika diperlukan, kerajaan negeri sedia
membuat pengambilan balik tanah di persekitaran tapak terbabit untuk
memperluaskan kampus.
   Beliau amat mengharapkan Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan
itu kerana pengajaran bahasa Arab di Perlis sekarang sudah bermula sejak di
sekolah rendah melalui penempatan guru khas yang dibiayai oleh Yayasan
Islam Perlis (YIPs) membabitkan satu kelas bagi sebuah sekolah. -- BERNAMA
   RIS PR

No comments:

Post a Comment