Thursday, November 24, 2011

MARI BELAJAR BAHASA ARAB SECARA MUDAH, INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)


 
NOTA KEPADA EDITOR,MEJA AM    

Pusat Perundingan dan Latihan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan
menganjurkan kursus "Tahbibul Lughah" untuk remaja. Melalui aktiviti-aktiviti
menarik dalam modulnya, para peserta akan dibimbing untuk menguasai Bahasa Arab
pertuturan dengan mudah.

Hari/Tarikh: Sabtu/Ahad, 13-14 November 2010

Masa       : 8.30 pagi

Tempat     : Dewan Besar, IKIM.

Matlamat:

- Mempelajari teknik mudah untuk menguasai perkataan Arab;
- Mempelajari teknik mudah dalam membina ungkapan Bahasa Arab;
- Memahami teknik mudah dalam membina kemahiran pertuturan secara lebih spontan;
- Memupuk minat para pelajar terhadap Bahasa Arab; dan
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mampu memahami dan menguasai Bahasa Arab.

Kumpulan Sasaran

Kursus ini sesuai bagi golongan pelajar yang berusia antara 13-16 tahun yang
mempunyai asas Bahasa Arab tetapi masih belum mampu membina ayat secara spontan
atau belum menguasai kemahiran pertuturan.

Antara modul-modulnya:

Modul 1 : Taklumat & Ice Breaking

Modul 2 : Bina Perbendaharaan

Modul 3 : Bina Ungkapan

Modul 4 : Bina Ayat Sesi 1

Modul 5 : Bina Ayat Sesi 2

Modul 6 : Pertuturan Sesi 1

Modul 7 : Pertuturan Sesi 2

Modul 8 : Aktiviti dalam Kumpulan

Modul 9 : Aktiviti Pencarian Harta Karun

Modul 10: Kesimpulan & Penutup

Bayaran untuk mengikuti kursus ini ialah RM150.00 seorang. Sijil penyertaan akan
diberikan kepada para peserta yang hadir.

Pembayaran boleh dibuat sama ada secara atas talian (online) atau ke akaun
Institut Kefahaman Islam Malaysia di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB), no akaun 14-014-01-00-7021-3 selewat-lewatnya sebelum atau pada 8
November 2010. Faks butiran pembayaran ke 03-6204 6240 atau e-mail
ppli@ikim.gov.my atau hubungi talian 03-6204 6241/6247

Anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat
liputan majlis tersebut.

SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA : PUAN SAPUAH BT. HJ. NAWAWI
       Public Relations Officer
TEL  : 03   6204 6329/ 6331
MOBIL: 012-309 4427

NAMA : PUAN SUZANAHWATI BINTI SANIL
       PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
TEL  : 03-6204 6326


TARIKH SIARAN : 7 OKTOBER 2008
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PERGURUSAN ACARA BERNAMA

No comments:

Post a Comment