Saturday, November 26, 2011

Belajarlah bahasa Arab




CORAT-CORET DARI KAHERAH

SEORANG pegawai Bahagian Penerangan di Wisma Putra, Nasir Salleh 
yang menyertai delegasi Kementerian Luar pada G-15 kali ini benar-benar 
menjadi orang penting kepada media Malaysia.

Di negara Arab seperti Mesir, jika tidak tahu berbahasa Arab, keadaan cukup 
payah walaupun untuk membereskan satu perkara kecil.

Mujur ada Nasir yang boleh menguasai bahasa Arab dan dia banyak 
membantu daripada menjadi jurubahasa dan pengelola acara liputan 
sehinggalah kepada soal sejarah dan bermacam-macam lagi.

``Itu sebab kita semua ini kena belajar bahasa Arab,'' katanya selepas 
bertegang leher dengan seorang pemandu teksi yang cuba mengenakan 
tambang melampau.

Di pusat media, beberapa petugas Mesir juga `mati akal' dengan Nasir yang 
menegur beberapa perkara untuk melancarkan tugas wartawan bukan 
sahaja dari Malaysia bahkan negara lain.

Menariknya, teguran pegawai Wisma Putra ini mendapat perhatian 
sewajarnya. _ Utusan.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment