Thursday, November 24, 2011

Kamus - Bahasa Melayu-Bahasa Arab, Bahasa Arab-Bahasa Melayu




Sehari sebuah buku

Judul: Kamus - Bahasa Melayu-Bahasa Arab, Bahasa Arab-Bahasa Melayu

Susunan: Abdul Rauf Datuk Hassan, Abdul Halim Salleh dan Khairul Amin 
Mohd Zain

ISBN: 967-65-7322-1

Penerbit: Fajar Bakti Sdn. Bhd. (anak syarikat Universiti Oxford Press)

KAMUS Bahasa Melayu-Bahasa Arab/Bahasa Arab-Bahasa Melayu ini 
disusun oleh sekumpulan ahli akademik yang mahir berbahasa Arab dan 
melazimkan diri berbahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka sehari-
hari.

Ia ditujukan kepada semua pengguna daripada pelbagai golongan dan 
peringkat, khususnya para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari 
bahasa Arab.

Terdapat kira-kira 20,000 entri perkataan bahasa Melayu dan bahasa Arab 
dengan padanannya dalam bahasa Melayu/bahasa Arab dimuatkan dalam 
kamus ini.

Perkataan yang dimuatkan pula meliputi perkataan-perkataan biasa 
digunakan dalam perhubungan rasmi baik secara lisan atau tulisan.

Selain itu, bagi tujuan melatih para pengguna dengan penggunaan bahasa 
Arab dalam pertuturan mereka, kamus ini memberikan kira-kira 5,000 ayat 
contoh (dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab).

Dengan adanya ayat contoh ini, pengguna boleh mencuba membina ayat 
sendiri berdasarkan pola ayat contoh yang diberikan apabila ingin bertutur 
dalam bahasa Arab atau sebagai latihan.

Pada perkataan tertentu pula diberikan ilustrasi untuk menambah penjelasan 
makna sesuatu perkataan berkenaan. 

Dalam kata-kata aluan ditulis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah 
Ahmad Badawi, beliau melahirkan harapan agar kamus yang diterbitkan 
berupaya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran 
berkomunikasi dalam bahasa Arab. 

- AZLINARIAH ABDULLAH

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment