Friday, November 25, 2011

Pantau sebutan bahasa Arab imam





SAYA menyokong pandangan surat pilihan bertajuk "Tahap Sebutan Bahasa Arab
Imam Wajar Diperhati" yang disiar pada 6 Januari lalu dan berpendapat ia
wajar diberi perhatian oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).
  Kemampuan imam hendaklah dinilai sebaik mungkin bagi mencapai tujuan
sebenar khutbah yang disediakan oleh Jaip dan mereka perlu sentiasa
membuat penilaian dan pemantauan terhadap imam supaya mereka dapat menjadi
pemangkin sejajar pembangunan negara dari pelbagai aspek.
  Dengan perubahan dan langkah bijak Jaip, ia dapat memastikan unsur
politik kepartian tidak berkembang dalam masjid.
  Justeru, menyatupadukan umat Islam dan beribadah dengan selesa serta
sempurna tanpa ada rasa tidak puas hati terhadap penampilan dan
penyampaian seseorang Imam.
INSAN RESAH PERIHAL IMAM,
Grik, Perak.
                              (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment