Friday, November 25, 2011

Pelajar kuasai bahasa Arab dilantik pemandu pelancong





PULAU PINANG 7 Okt. _ Kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk 
menawarkan pelajar Melayu yang boleh menguasai bahasa Arab, jawatan 
sebagai pemandu pelancong bagi menarik lebih ramai pelancong dari 
Timur Tengah ke negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Hilmi Yahaya berkata, menerusi 
langkah tersebut, sudah pasti lebih ramai pelancong dari negara 
berkenaan ingin mengunjungi Pulau Pinang kerana tidak menghadapi 
masalah bahasa.

``Ini pasti digemari pelancong Timur Tengah kerana mereka sudah tentu 
lebih selesa berbahasa Arab manakala kita boleh menyediakan pemandu 
pelancong yang boleh menguasainya,'' katanya.

Pendapatan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Hari 
Keluarga Barisan Nasional (BN) Balik Pulau oleh Ketua Menteri, Tan Sri 
Dr. Koh Tsu Koon, di Kompleks Sukan Balik Pulau di sini, hari ini.

Menurut beliau, menerusi tawaran seumpama itu, golongan pelajar 
berkenaan dapat menambah pendapatan masing-masing.

Selain itu, kata Dr. Hilmi, langkah tersebut dapat memberi peluang 
kepada orang Melayu menceburi industri pelancongan yang kini menjadi 
sektor kedua terpenting di Pulau Pinang.

``Setakat ini, penyertaan orang Melayu dalam industri pelancongan 
kurang, hanya kira-kira lima peratus,'' tambah beliau.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment