Friday, November 25, 2011

Kursus bahasa Arab JAIK




AKTIVITI PENDIDIKAN Di sana sini 

UNIT Pendidikan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menganjurkan Kursus 
Pendedahan Modul Bahasa Arab dan Pendidikan Agama di Sungai Petani, 
baru-baru ini. 

Seramai 70 guru - kebanyakannya wanita - mengikuti program selama tiga 
hari itu. 

ABDUL RAZAK OSMAN melaporkan, mereka mendengar ceramah oleh 
wakil- wakil daripada pihak jabatan sebagai panduan untuk dilaksanakan di 
sekolah masing-masing. 

Kata penyelia kursus, Ismail Zakaria, beberapa siri kursus seumpamanya 
akan menyusul untuk memastikan semua guru sekolah menengah agama 
memahami secara mendalam teknik mengajar. 

" Apa yang diharapkan mereka mampu membuat sesuatu yang lebih baik 
untuk memartabatkan sekolah menengah agama di Kedah," katanya. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment