Friday, November 25, 2011

UTM, JAIJ diminta bekerjasama perkukuh bahasa Arab





JOHOR BAHRU 15 Nov. _ Kerajaan negeri akan meminta Universiti 
Teknologi Malaysia (UTM) bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Johor 
(JAIJ) dalam usaha membangun dan memperkukuhkan bahasa Arab di Johor.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kerjasama tersebut 
adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk memulakan 
kelas-kelas mempelajari bahasa Arab kepada umat Islam di seluruh 
negeri ini.

``Dengan cara ini membolehkan umat Islam lebih mendalami dan memahami 
al-Quran,'' katanya kepada pemberita di sini.

Kata beliau, kelas-kelas tersebut akan dilaksanakan di 50 masjid di 
seluruh negeri Johor.

``Kita akan meminta pakar-pakar bahasa Arab di UTM supaya mengadakan 
perbincangan dengan Mufti Johor, Datuk Mohd. Noh Gadot agar tujuan ini 
dapat dilaksanakan,'' ujar beliau.

Abdul Ghani memberitahu, kerjasama tersebut merangkumi aspek 
pendekatan dan kaedah penggunaan bahasa Arab di kalangan umat Islam di 
negeri ini.

Menurut beliau, penyertaan umat Islam di negeri ini dalam program 
membudayakan al-Quran amat menggalakkan sejak program itu dilaksanakan 
tiga tahun lalu.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan negeri akan memperkukuhkan lagi 
program tersebut dengan mengadakan program mempelajari bahasa Arab.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment