Friday, November 25, 2011

Kerajaan tidak ketepikan bahasa Arab.




KUALA LUMPUR Isnin - Kerajaan tidak pernah mengetepikan kepentingan mata
pelajaran bahasa Arab sebaliknya memberi keutamaan sama ke arah
meningkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar semua peringkat.
  Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir
berkata, bahasa Arab mempunyai kepentingan tersendiri terutama ke arah
mendalami lunas-lunas Islam yang kurang diberi perhatian pelajar.
  Bagaimanapun, katanya, kejahilan segelintir umat Islam negara ini
terhadap bahasa yang digunakan dalam al-Quran bukan punca peningkatan
gejala sosial masyarakat.
  "Saya tidak bersetuju jika dikatakan buta al-Quran yang disebabkan oleh
jahil bahasa Arab menjadi punca dan penyumbang besar kepada masalah
manusia serta gejala sosial," katanya menjawab soalan Muhamad Mustafa
(Keadilan-Peringat).
                               (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment