KUALA TERENGGANU, 3 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan diminta
membekalkan guru-guru Bahasa Arab yang terlatih ke sekolah-sekolah agama di
negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Datuk Dr Yusof Noor
berkata bahasa itu perlu dijadikan sebagai bahasa ilmu, kerana ia digunakan
di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selapas menutup pertandingan
Tadarus Al-Quran dan Syarahan Agama peringkat negeri di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Tok Jiring, dekat sini malam tadi.
Yusof juga meminta kementerian pendidikan mengkaji pendekatan baru
dalam pengajaran bahasa itu, memandangkan pencapaian pelajar dalam
keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang diumumkan baru-baru ini
menunjukkan kemerosotan.
-- BERNAMA
sbs RI |
No comments:
Post a Comment