Thursday, November 24, 2011

UIAM, UKM juara Debat Bahasa Arab Universiti




PASUKAN Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Kebangsaan
     Malaysia (UKM) masing-masing muncul juara Pertandingan Debat Bahasa Arab
     Antara Universiti Kali Ke-3 di UIAM, Gombak, baru-baru ini.
       Sebagai pembangkang UIAM yang memenangi kategori Bahasa Arab sebagai
     Bahasa Kedua itu diwakili Nazri Atoh, Siti Salwa Mohd Noor, Amirah Ahmad
     Zain dan Nor Ratasha Kasim mengemukakan hujah bertajuk Senjata Nuklear
     Hak Eksklusif Negara-Negara Tertentu.
       UKM pula memenangi kategori Bahasa Arab sebagai Bahasa Pertama pula
     diwakili Malik Abdul Karim, Mohammad Al-Kamel, Mohamed Mohamad Tolba dan
     Emad Sobhi Mohammad Battah bertindak di pihak kerajaan membahaskan tajuk
     'Masalah Sosial Tanggungjawab Kerajaan'.
       Kedua-dua pasukan berkenaan menerima Piala Debat Bahasa Arab, wang
     tunai RM1,000 dan sijil penghargaan.
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment