Thursday, November 24, 2011

Kuim juara debat bahasa Arab IPTA




KOLEJ Universiti Islam Malaysia (Kuim) muncul juara pertandingan debat
bahasa Arab antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA)di Dewan Tunku
Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.
  Pasukan kolej universiti itu diwakili Mohd Rosdi Suleimen, Mohd Hasan
Al-Hafiz Ponirah dan Mohamad Zaharuddin Zakaria menewaskan juara bertahan
iaitu pasukan UKM. Manakala, Mohamad Zaharuddin turut diumumkan sebagai
pendebat terbaik.
  Berikutan kemenangan itu, pasukan Kuim menerima Piala Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, wang tunai RM1,500, pakej penginapan di Dheru Beach
Resort, Kuantan, Pahang, piala iringan dan sijil.
  UKM diwakili Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Harun Baharudin,
Aminullah Zainal Abidin dan Muhammad Saif Fuad pula menerima wang tunai
RM1,000, pakej penginapan di Dheru Beach Resort, piala iringan dan sijil.
  Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah
Muhammad Zin. Hadir sama, Rektor Kuim, Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin dan
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UKM, Prof Datuk Dr Mohammed Noor
Embi.
  Terdahulu dalam ucapannya, Dr Abdullah berkata, pertandingan ini boleh
dijadikan pemangkin bagi memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa global.
  Pertandingan itu, katanya, memberi peluang kepada pendebat melatih diri
dengan pelbagai kemahiran, antaranya berkomunikasi, berfikir, bekerjasama
dalam pasukan dan mewujudkan kewibawaan kepimpinan tinggi.
                                (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment