Thursday, November 24, 2011

RAFIDAH KATA BUKU PANDUAN BAHASA ARAB MENGENAI M'SIA BERGUNA


 
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz menyifatkan "Buku Panduan mengenai
Malaysia" dalam Bahasa Arab yang akan disiapkan tidak lama lagi sebagai
panduan berguna bagi para pengeksport dan pembeli.
    Panduan seumpama itu adalah penting dalam membangu menggalakkan
produk-produk dan perkhidmatan di seberang laut, beliau berkata di dalam
risalah promosi buka panduan itu.
    Buku panduan Bahasa Arab 500 halaman itu akan menumpukan kepada
keluaran-keluaran dan perkhidmatan Malaysia seperti keluaran-keluaran
perindustrian dan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan pelancongan. Edisi
pertama buku panduan itu akan siap menjelang akhir bulan depan setakat ini
mengandungi maklumat mengenai lebih daripada 175 syarikat.
    Omar G Abed, jururunding perdagangan International Malaysia-Arab Fair
Sdn Bhd (IMAF), penerbit buku panduan itu, berkata para pengimport Arab
kekurangan maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan Malaysia
memandangkan tidak banyak orang Arab berbahasa Inggeris atau Melayu.
    Katanya buku panduan itu akan membantu mempromosikan produk-produk dan
perkhidmatan Malaysia kepada pasaran Arab yang mengimport keluaran dan
perkhidmatan bernilai RM610 bilion setiap tahun.
    Katanya terdapat pelbagai peluang perniagaan di dunia Arab yang
mengimport AS$1.2 bilion barangan dari Malaysia pada 1997.
    "Dengan mengujudkan bahagian pasaran anda, ini akan memaksimumkan
keuntungan anda," kata Omar.
    Katanya pengguna-pengguna Arab memerlukan maklumat mengenai Malaysia
dalam bahasa Arab tetapi terdapat kekurangan maklumat seumpamanya dalam
bahasa itu.
    -- BERNAMA
    MIM SHY OS

No comments:

Post a Comment