Thursday, November 24, 2011

KELAS BAHASA ARAB UNTUK SEMUA SEKOLAH DI PERLIS




KANGAR, 25 Feb (Bernama) -- Setiap sekolah di Perlis dikehendaki
menyediakan kelas tambahan bahasa Arab mulai tahun ini bagi memudahkan
penghayatan Al-Quran di kalangan pelajar.
   Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pelajar sekolah harus
digalakkan mempelajari bahasa Arab kerana ia sama pentingnya dengan
bahasa-bahasa lain malah ia lebih bermanfaat ke arah mendalami Al Quran
sebagai pendekatan mengelak gejala sosial.
   Semasa berucap pada majlis penghayatan masjid anjuran Baitulmal Perlis
di Masjid Negeri Arau malam tadi, beliau memnyatakan kebimbangannya dengan
gejala sosial yang melanda negara ini.
   Bagaimanapun beliau percaya antara pendekatan terbaik menangani isu itu
ialah meningkatkan pendidikan agama di kalangan remaja terutama melalui
penghayatan Al Quran.
   Sebelum ini, Menteri Besar turut mengarahkan semua wakil rakyat dan
ketua-ketua jabatan menghadiri kursus bahasa Arab anjuran kerajaan negeri.
-- BERNAMA
   AD RON

No comments:

Post a Comment