Thursday, November 24, 2011

SAKARAN MAHU RAKYAT SABAH PELAJARI BAHASA ARAB




 
TAWAU, 7 Ogos (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran
Dandai telah meminta umat Islam di negeri ini supaya mengambil inisiatif
mempelajari bahasa Arab.
    Katanya dengan menguasai bahasa berkenaan, umat Islam akan dapat
mendalami dan menghayati ajaran al-Quran dengan lebih baik lagi.
    "Bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan dalam al-Quran, dan oleh itu
memahami makna al-Quran akan memudahkan proses pemahaman, pengkajian dan
pelaksanaan segala ajarannya dengan sempurna," katanya.
    Beliau berkata demikian dalam buku cenderamata sempena Tilawah al-Quran
peringkat negeri yang berlangsung di sini dengan disertai 12 qari dan
qariah.
    Ia disiarkan secara langsung oleh Radio Sabah dan disaksikan kira-kira
15,000 masyarakat Islam di Tawau dan kawasan sekitarnya.
    Sakaran akan menyampaikan hadiah kepada pemenang tilawah itu malam ini.
    Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Lajim Ukin dalam ucapan pada
majlis pelancaran tilawah itu malam tadi, berkata kerajaan negeri akan
terus memberi keutamaan untuk meningkatkan perpaduan ummah, pendidikan,
dakwah dan penyediaan prasarana agama.
    Katanya ini bagi terus memantapkan perpaduan dan pembangunan ummah di
negeri ini.
    Mengenai gejala sosial dan jenayah, Lajim berkata kerajaan memandang
serius isu berkenaan dan akan memastikan gejala itu tidak tersebar luas di
negeri ini.
    "Kerajaan melalui Majlis Agama Islam Sabah dan badan-badan bukan
kerajaan akan berganding bahu mengadakan pendekatan mendidik masyarakat
terutama golongan remaja supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai yang
baik," katanya.
    -- BERNAMA
    IL JS NMO

No comments:

Post a Comment