Thursday, November 24, 2011

Perkep adakan kelas Bahasa Arab Sabtu

JOHOR BAHRU 17 Jun _ Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Pasukan 
Simpanan Persekutuan nombor dua Polis Depo Johor Bahru melalui Biro 
Pendidikannya akan mengadakan kelas Bahasa Arab kepada anak-anak 
ahlinya berumur 10 hingga 12 tahun.

Setiausaha Perkep Johor Bahru, Fouziahana Mohammad Yusof berkata, 
kelas Bahasa Arab itu diadakan pada setiap hari Sabtu mulai pukul 2.30 
petang hingga 4.30 petang.

Menurutnya, kelas itu merupakan satu program yang disediakan bagi 
mendidik anak-anak ahli mendalami Bahasa Arab di samping kelas mengaji 
Al-Quran.

"Dengan adanya pembelajaran bahasa Arab seperti ini, ia secara langsung 
dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang asas 
bahasa Arab,'' jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah, setiap pelajar akan dikenakan yuran RM12 sebulan.

Selain itu, Perkep juga menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti kelas 
agama, kelas mengaji Al-Quran di kalangan ahli serta program ziarah ke 
rumah ahli-ahli yang menghidap penyakit kronik.

Tambahnya, bagi aktiviti ekonomi pula, pihaknya mengadakan program 
jualan sehari pada setiap Sabtu minggu ketiga bagi menarik minat ahli 
berniaga dan menambah pendapatan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti itu boleh 
menghubunginya atau Aliza Sha'ari di talian 07-22254263330148. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment