Thursday, November 24, 2011

RAKYAT PERLU KUASAI BAHASA ARAB





KANGAR, 27 Dis (Bernama) -- Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim
menyarankan agar rakyat negeri ini berusaha menguasai bahasa Arab berikutan
penggunaannya yang kian meluas di seluruh dunia.
   Katanya, selain dapat berkomunikasi dalam bahasa itu, rakyat terutama
umat Islam akan dapat menghayati kandungan Al-Quran.
   Semasa menutup kursus bahasa Arab anjuran bersama kerajaan negeri dan
kerajaan Arab Saudi di sini hari ini, Shahidan berkata, kerajaan negeri
menyokong penuh segala usaha ke arah meningkatkan penguasaan bahasa Arab di
kalangan rakyat negeri ini.
   "Ini juga bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri Perlis ke arah
mewujudkan institusi pengajian tinggi dan program universiti berkembar
dengan negara-negara Timur Tengah," katanya.
   Baru-baru ini kerajaan negeri menubuhkan Institut Pengajian Tinggi
Perlis (IPTPs) yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Perlis (YIPs) dengan
menjadikan bahasa Arab sebagai pengantar.
   Sebanyak 40 peserta yang terdiri daripada pelajar yang akan melanjutkan
pengajian di Timur Tengah mulai tahun depan mengikuti kursus selama 13 hari
itu yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi. -- BERNAMA
   RIS oba

No comments:

Post a Comment