Thursday, November 24, 2011

SHAHIDAN NASIHATI GURU KUASAI BAHASA INGGERIS DAN ARAB




KANGAR, 26 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim
hari ini melancarkan sambutan hari guru peringkat negeri Perlis dengan
menggesa para guru meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dan Arab.
    Katanya, mereka harus menguasai kedua-dua bahasa itu sekurang-kurangnya
untuk perbualan kerana ia merupakan bahasa antarabangsa.
    Shahidan berkata meskipun penekanan kerajaan terhadap bahasa Inggeris
tetapi ia tidak bermakna mereka harus menolak penguasaan bahasa-bahasa lain
terutama Arab.
    Beliau juga berharap guru-guru juga meningkatkan kemahiran dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehkan mereka menghadapi
cabaran globalisasi.
    Sementara itu, seorang pesara guru, Kamaruddin Rejab, 62, dipilih
sebagai Tokoh Guru peringkat negeri Perlis bagi tahun 2003.
    Kamaruddin telah berkhidmat sebagai pendidik selama 35 tahun dan
bersara tujuh tahun lalu. Jawatan terakhirnya ialah sebagai guru kanan di
Sekolah Kebangsaan Abi.
    -- BERNAMA
    AD RHM

No comments:

Post a Comment