Thursday, November 24, 2011

MB Perlis belum ambil keputusan Bahasa Arab





KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengambil
     kertas Bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
     berkata beliau hanya akan memperoleh keputusannya dalam beberapa hari
     lagi.
       Shahidan yang menduduki kertas itu sebagai calon persendirian berkata,
     sehingga kini beliau tidak menerima keputusan yang biasanya diterima
     lewat berbanding calon sekolah kerajaan.
       "Tahun depan saya mahu mengambil kertas Bahasa Mandarin pula. Saya mahu
     penduduk Perlis tidak menjadikan faktor umur sebagai alasan tidak
     menuntut ilmu," katanya.
       Bagaimanapun, jawapan yang diberikan Shahidan itu menimbulkan
     kekeliruan kerana ketika bercakap kepada wartawan lain, Shahidan berkata
     beliau tidak menduduki kertas itu sepenuhnya.
       Katanya, beliau hanya mengambil ujian bertulis manakala 40 peratus lagi
     membabitkan ujian lisan. 
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment