Thursday, November 24, 2011

Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan




Sehari Sebuah Buku 

Judul: Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan 

Penulis: Azlan Abd. Rahman 

ISBN: 967-61-1950-5 

Penerbit: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. 

Harga: RM18 

MASDAR merupakan elemen penting dalam bahasa Arab yang 
mempengaruhi struktur pembinaan dan pembentukan sesuatu ayat. Ia 
mempunyai banyak kaitan dengan elemen lain seperti kata nama, kata kerja, 
derivasi, jenis objek atau maf'ulat, subjek, predikat serta ism tafdil. 

Buku ini diterbitkan untuk membantu mengatasi masalah pelajar yang sering 
berhadapan dengan kesukaran untuk menguasai bahasa Arab dengan baik. 

Penulis memfokuskan penggunaan masdar secara maksimum supaya 
pelajar memperoleh suatu pendekatan dan pendedahan yang akan 
membantu mereka mempelajari serta menguasai bahasa Arab secara lebih 
mudah dan berkesan. 

Buku ini menyediakan contoh masdar, pola, jenis dan perbezaan masdar 
dengan elemen lain dalam bahasa Arab yang menekankan aplikasi nahu. 

Penulis mendedahkan suatu teknik pembelajaran bahasa Arab yang 
komprehensif memandangkan seseorang itu tidak mampu menulis, 
membaca dan berkomunikasi dalam bahasa tersebut sekiranya tidak dapat 
menguasai masdar. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment