Thursday, November 24, 2011

Cara mudah belajar bahasa Arab




Judul: Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan
       Penulis: Azlan Abd Rahman
       Pengulas: Hasliza Hassan
       MASDAR antara elemen penting dan mempunyai keistimewaan dalam bahasa
     Arab. Penguasaan elemen itu membolehkan kita tahu membezakan antara
     jenis, unit, fungsi atau pola kata kerja.
       Buku Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan menekankan aspek
     aplikasi nahu dengan menyediakan contoh masdar boleh membantu guru serta
     pelajar menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran mantap.
       Teknik serta kaedah yang ditampilkan termasuk penjelasan mengenai
     masdar, pola dan perbezaan masdar bertujuan membantu pelajar meningkatkan
     penguasaan bahasa Arab secara terperinci.
       Kefahaman mengenai masdar perlu dalam melatih pelajar untuk mahir
     supaya dapat menggunakan masdar pada fungsi yang betul, seterusnya
     membolehkan mereka membuat terjemahan bahasa Arab dengan baik. Buku
     Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan juga menjelaskan cara
     penggunaan kerana kelemahan memahaminya menjadi faktor menyebabkan
     pelajar sukar menguasai bahasa Arab. 
       Begitu juga kekeliruan pelajar membezakan jenis, fungsi dan pola masdar
     menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan dan kesalahan dalam
     pertuturan serta penulisan.
       Berdasarkan penulis buku itu, Azlan Abd Rahman, seseorang tidak mampu
     menulis, membaca dan berkomunikasi dalam bahasa Arab secara efektif jika
     tidak dapat menguasai masdar.
       Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan kepada masyarakat umum yang
     berminat belajar bahasa Arab.
                                   (END)  Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment