Thursday, November 24, 2011

DOKUMEN PERJALANAN KE LIBYA PERLU DITERJEMAH KE BAHASA ARAB




KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk
melawat Libya perlu membuat terjemahan dokumen perjalanan (pasport)
masing-masing ke dalam bahasa Arab sebelum memasuki negara itu.
    Tanpa terjemahan berkaitan, semua pelawat asing termasuk dari Malaysia
tidak akan dibenarkan masuk ke Libya berdasarkan peraturan baru yang
dikuatkuasakan kerajaan negara itu mulai Ahad lepas, menurut kenyataan
Wisma Putra hari ini.
    Kerajaan Libya turut membatalkan terjemahan bahasa Inggeris bagi
maklumat mengenai pemegang pasport warga negaranaya sendiri yang terkandung
dalam dokumen mereka, kata kenyataan itu.
    -- BERNAMA
    MFD KHY MAI

No comments:

Post a Comment