Thursday, November 24, 2011

ADUN Perlis 'wajib' ambil PMR Bahasa Arab




KANGAR 5 Feb. - Selepas berjaya lulus dalam peperiksaan bahasa Arab 
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, Menteri Besar 
Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat satu lagi 
kejutan. 

Selain mengumumkan hasratnya untuk mengambil semua peperiksaan 
bahasa tersebut pada tahun ini, beliau turut mewajibkan semua wakil 
rakyat dan ketua-ketua jabatan di negeri ini terutama yang beragama Islam 
supaya mengikuti jejak langkahnya. 

Bagi yang bukan beragama Islam pula, mereka akan digalakkan supaya 
mempelajari kaedah penulisan Jawi terlebih dahulu sebelum mengambil 
peperiksaan pada tahun depan. 

Alasan beliau berbuat demikian bukannya untuk menyusahkan pihak 
terbabit tetapi mahu mereka menjadi contoh kepada masyarakat supaya 
menimba sesuatu ilmu walaupun usia telah meningkat. 

"Bagaimanapun, ia bukan wajib tetapi sukarela yang dimestikan. Kelas 
tuisyen yang dijalankan selama dua jam dalam sehari kepada mereka 
akan diberikan percuma bermula 15 Februari ini dan wakil rakyat serta 
ketua-ketua jabatan hanya perlu mengeluarkan wang untuk pendaftaran 
peperiksaan sahaja. 

"Kita lihat banyak wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan hanya tahu duduk 
bersembang kosong di kedai-kedai kopi dan ini merugikan waktu sahaja. 
Saya sendiri akan belajar dan mengambil semula peperiksaan bahasa 
Arab serta bahasa Mandarin,'' katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis 
memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pergerakan Puteri 
UMNO Perlis dengan Simor Creative (M) Sdn. Bhd. mengenai penganjuran 
Karnival Pendidikan dan Kerjaya Perlis 2006 di sini. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment