Thursday, November 24, 2011

Ujian bahasa Arab




KANGAR 
       Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN), kecuali MCA di Perlis,
     diminta mengambil ujian bahasa Arab dalam peperiksaan Penilaian Menengah
     Rendah (PMR) tahun ini.
       Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata tuisyen percuma
     bahasa Arab dibuka kepada semua wakil rakyat dikendalikan tenaga pengajar
     profesional sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu, Februari ini.
       "Pengambilan ujian bahasa Arab bukannya wajib tetapi amat digalakkan
     kepada semua wakil rakyat Umno dan terbuka kepada dua wakil rakyat MCA di
     Perlis jika mereka berminat," katanya selepas Majlis Pelancaran,
     Menandatangani Persefahaman Karnival Pendidikan dan Kerjaya Perlis 2006
     di sini, semalam.
       Semua wakil rakyat dan ketua jabatan, termasuk Ketua Puteri negeri,
     Rozieana Ahmad, hadir di majlis itu. 
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment