KUTUB KHANAH
SEBENARNYA tanpa kita sedari banyak perbendaha raan kata Bahasa Arab
te lah digunakan secara me luas dalam perbualan harian pen duduk negara
ini dengan kebanya kan daripadanya juga telah diserap ke dalam Bahasa
Melayu.
Antaranya ialah dunia, ibadat, ulama, ilmu, zaman, hakikat, man faat, hasil,
asas, bina, khusus, ma hir, masyarakat, kaedah, kalimah, hafal, jadual, ayat
dan akhir.
Pendekatan buku ini yang me manipulasikan kelebihan itu telah
menjadikannya berbeza dan istimewa berbanding dengan kebanyakan buku
lain belajar Bahasa Arab yang banyak terdapat dalam pasaran.
Keistimewaan itu telah menjadi kannya amat sesuai dijadikan bahan
pembelajaran dan pengajaran bahasa penghuni syurga itu untuk pelajar dan
individu lain dengan lebih ber kesan dan menarik.
Penyerapan secara tidak lang sung Bahasa Arab dalam perbualan harian
telah membantu menghi langkan tanggapan bahawa bahasa itu terlalu sukar
untuk dipelajari dan didalami.
Sementelah lagi apabila penga rangnya juga telah menggunakan konsep
'mesra pembaca' dengan memilih frasa Bahasa Arab yang sering digunakan
dalam urusan se harian dan menjadikan proses pembelajarannya lebih
mudah, ringkas dan menyeronokkan.
Setelah mentelaah buku ini se hingga ke muka surat terakhir ter masuk
latihan-latihan yang dise diakan, penulis dapat merumuskan bahawa ia telah
secara cemerlang berjaya mengurangkan kegerunan pelajar untuk
menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Terdapat dua elemen penting da lam Bahasa Arab, iaitu pemaha man nahu
dan penguasaan per bendaharaan kata yang sering menjadi igauan pelajar.
Bagaimanapun, pengarang telah berjaya menjalankan tugasnya de ngan
baik apabila menggarap buku ini dengan sebaik mungkin - tiada alasan bagi
peminat Bahasa Arab untuk tidak memilikinya!.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini, bolehlah
memesannya melalui laman web di alamat www.onetouchcreative.com
(Source : Utusan Malaysia) |
No comments:
Post a Comment