Thursday, November 24, 2011

MPP Kuim perluas guna Bahasa Inggeris, Arab




KEBOLEHAN menggunakan pelbagai bahasa memberi ruang kepada pelajar
     institusi pengajian tinggi meningkat kemahiran berkomunikasi di peringkat
     global.
       Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Universiti Islam Malaysia
     (Kuim), Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, berkata usaha ini perlu disusuli
     dengan pembudayaan bahasa terbabit di kalangan pelajar di universiti
     masing-masing.
       Di Kuim, katanya, penggunaan dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa
     Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan pelajar
     bertutur dan menulis dalam bahasa itu sama ada di dalam atau di luar
     kelas.
       "Penggunaan bahasa Arab misalnya berjaya mengangkat martabat bahasa itu
     yang selama ini dianggap sebagai bahasa al-Quran selain meletakkannya
     setanding bahasa Inggeris.
       "Usaha ini adalah antara matlamat jangka panjang MPP dan pihak Kuim
     sendiri yang berhasrat menyebarluaskan penggunaan kedua-dua bahasa kepada
     masyarakat luar," katanya kepada Berita Harian.
       Menurut Mohd Mahyeddin lagi, penggunaan bahasa Arab tidak harus
     terbatas dalam program atau aspek keagamaan semata-mata tetapi perlu
     diperluaskan dalam semua bidang.
       Katanya, kepentingan kedua-dua bahasa itu turut terserlah apabila
     kerajaan turut memperkenalkan penggunaan bahasa itu dalam sistem
     pendidikan negara.
       PROFIL
       Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
       Asal: Kulim, Kedah
       Bidang Pengajian: Sarjana Muda Syariah dan Kehakiman (Kepujian)
       Universiti: Kolej Universiti Islam Malaysia (Kuim)
       Cita-cita: Ahli Akademik
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment