Thursday, November 24, 2011

Martabat bahasa Arab perlu diteruskan




KENALI BAHASA AL-QURAN

SIRI 54

Sesungguhnya kami turun kan al-Quran dalam bahasa Arab, semoga kamu 
menggu nakan akalmu (untuk berfikir). (Yusuf: 2)

Seterusnya, Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud: Belajarlah 
Bahasa Arab dan ajarkanlah kepada orang lain. 

Bertitik tolak dari sini, asas untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat 
ialah dapat menterjemahkan al-Quran dan hadis dalam kehidupan. 
Persoalannya, bagaimana mempraktik kan apa yang termaktub dalam dua 
panduan utama itu tanpa memahami maksud sebenarnya? Sehubungan itu 
antara langkah pertama yang perlu di lakukan ialah mempelajari bahasa ter 
sebut dengan bersungguh-sungguh. 

Secara ringkas, apabila kita sudah membaca al-Quran dengan baik kita di 
tuntut memahami, mempraktik, meng hayati dan membuat kajian terperinci 
dalam apa jua bidang yang diceburi se perti pengurusan, profesional, kemahi 
ran dan sebagainya berasaskan ayat yang dibaca. Seterusnya 
mengembangkan ha sil kajian tersebut untuk kebaikan ma nusia sejagat.

Dalam konteks negara, kita cukup bertuah kerana kerajaan memahami dan 
ingin melaksanakan usaha murni ini melalui pelancaran konsep Islam 
Hadhari. Antara prinsip pentingnya ialah penguasaan ilmu pengetahuan 
setan ding dengan negara-negara maju lain. 

Dalam hal ini, perkembangan bahasa Arab di Malaysia kian bertambah baik. 
Program Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain (J-QAF) yang diperkenalkan pada 2005 
bermula daripada sekolah rendah lagi banyak membantu pelajar dalam 
me nguasai ilmu-ilmu asas. 

Ini kerana secara tidak langsung se mua pelajar Islam berpeluang belajar 
bahasa Arab sejak tahun satu. Sebelum ini pembelajarannya bermula di ting 
katan satu. Itupun cuma segelintir pe lajar di sekolah-sekolah yang menawar 
kan bahasa Arab. 

Selain itu, penukaran nama bahasa Arab Komunikasi kepada nama bahasa 
Arab dapat meluaskan skop tujuan pembelajaran bahasa itu. Penjenamaan 
semula ini cukup mudah untuk difa hami oleh para guru dan pelajar. 

Tujuan utamanya agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab bukan 
sekadar untuk berkomunikasi, bahkan lebih daripada itu. Antaranya ialah 
mengkaji secara lebih terperinci ilmu-il mu yang berteraskan wahyu, akal dan 
pengalaman yang telah dipelopori ula ma silam yang terbilang.

Kita juga mengimpikan melihat pe ngajaran dan pembelajaran Pendidikan 
Islam diajar dalam bahasa Arab terlak sana suatu hari nanti. Ini kerana pe 
ngajaran dan pembelajaran dalam ba hasa Arab bukan sahaja dapat meng 
elakkan salah faham tetapi sekali gus dapat mengatasi masalah celik jawi. 

Di samping itu juga, Kementerian Pe lajaran Malaysia (KPM) amat mengga 
lakkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sisipan akhbar. KPM 
ber harap guru dan pelajar dapat mengambil manfaat daripada apa yang 
terdapat da lam akhbar. 

Walau bagaimanapun, setakat ini ru angan nota belajar bahasa Arab sama 
ada untuk PMR, SPM atau STPM tidak disediakan dalam mana-mana 
sisipan akhbar harian utama. Sehubungan itu adalah diharap pelajar yang 
mengambil bahasa Arab boleh memanfaatkan ru angan Kenali Bahasa Al-
Quran setiap Khamis dan Jumaat di Utusan Malaysia dalam pembelajaran 
bahasa Arab me reka.

Memartabatkan

Harapan turut disandarkan kepada pejuang bahasa kebangsaan yang kini 
bersungguh-sungguh memperjuangkan semula penggunaan tulisan jawi 
dalam bahasa Melayu dalam rakyat Malaysia. Perjuangan mereka dalam 
memartabat kan tulisan Jawi ini perlu mendapat so kongan padu daripada 
rakyat dan badan korporat baik dalam bentuk moral atau material. Bak kata 
pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. 

Untuk memantapkan mutu penga jaran dan pembelajaran, Bahagian Bia 
siswa KPM menggalakkan para guru menyambung pelajaran ke peringkat 
yang lebih tinggi. Ini termasuk guru-gu ru agama dan bahasa Arab. 

Oleh itu, tiba masanya penerima bia siswa ini mencurah bakti dengan reka 
cipta kaedah terkini yang lebih efektif.

Selain itu, harapan turut disandarkan kepada Jabatan Pendidikan Islam dan 
Moral (Japim) dalam memberi soko ngan dan kerjasama mengembangkan 
kaedah mudah dan terkini dalam usaha ini. 

Setakat ini beberapa seminar, kursus dan bengkel teknik mudah belajar ba 
hasa Arab diadakan di beberapa sekolah di Negeri Sembilan dan 
sambutannya menggalakkan. Sehubungan itu, kerja sama semua pihak 
perlu untuk terus memberi sokongan sama ada berbentuk moral mahupun 
material. Langkah ini dapat meningkatkan mutu pengajaran dan 
pembelajaran bahasa Arab.

Di samping itu, usaha oleh beberapa kerajaan negeri dalam meningkatkan 
mutu bahasa al-Quran juga perlu diberi perhatian sewajarnya.

Antaranya; memperkenalkan Kelas Agama Petang (KAP) di sekolah-sekolah 
rendah di beberapa negeri mulai 2005. Selain memberi input berharga, penu 
buhan KAP juga dapat memaksimum kan penggunaan bangunan sekolah 
ren dah dan seterusnya ini dapat menji matkan wang kerajaan.

Mereka yang berminat boleh meng hubungi Ustaz Abu Faiz di talian 019-
3862140 untuk mendapatkan ban tuan teknikal pengurusan seminar.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment