Thursday, November 24, 2011

Ingin dapat pautan Islam Hadhari dalam bahasa Arab




E-PEMBACA

Saudara Astora, SAYA sentiasa mengikuti ruangan saudara iaitu Bicara 
Ahad di Mingguan Malaysia. Oleh itu saya mengucapkan berbanyak-
banyak terima kasih atas usaha gigih saudara. 

Saya telah melayari beberapa laman web yang telah dipaparkan pada 
25 Disember dengan bantuan anak saudara saya iaitu Nazeh bin 
Nadzru, tetapi malangnya maklumat yang diberi dalam bahasa Arab 
bukannya berkenaan dengan Islam Hadhari, tetapi tentang haji dan 
umrah. 

Dengan itu saya minta jasa baik saudara supaya menjelaskan kepada 
saya bagaimana hendak dapat maklumat tentang Islam Hadhari dalam 
bahasa Arab. 

- R.A. ramzabinazahari@yahoo.com 

Jawapan: Ada cara mudah lain yang membolehkan saudara mencari 
berpuluh-puluh rencana mengenai Islam Hadhari dalam bahasa Arab. 
Caranya begini. 

Saudara perlu menulis perkataan al-Islam al-Hadhari dalam bahasa Arab 
di kotak Search the Web di enjin pencarian Yahoo atau di kotak 
GoogleSearch di enjin pencarian Google, insya-Allah berpuluh-puluh 
bahan mengenai Islam Hadhari dalam bahasa Arab akan terpapar dalam 
beberapa saat. 

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment