Thursday, November 24, 2011

Gagal bahasa Arab, punca lanjut pengajian 7 tahun





PUTRAJAYA 15 Okt.   Kegagalan menguasai bahasa Arab menjadi faktor 
ramai pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir terpaksa melanjutkan tempoh 
pengajian masing- masing dari empat kepada tujuh tahun.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir, Prof. Madya Dr. Mohd. 
Fakhrudin Abdul Mukti berkata, apabila gagal menguasai bahasa dengan 
baik, maka mereka juga akan gagal dalam peperiksaan.

 Sebelum ke Mesir, saya nasihatkan pelajar perlu memperkemaskan bahasa 
Arab melalui kursus insentif, kalau tidak sukar untuk mereka mengikuti 
pengajian di sini kerana tahap kualiti bahasa Arab di sana tinggi terutama di 
Universiti Al-Azhar.

 Sepatutnya tempoh pengajian adalah empat tahun sahaja namun kegagalan 
menguasai bahasa Arab menyebabkan mereka terpaksa berada lebih lama 
di Mesir,  katanya ketika dihubungi di Mesir, baru-baru ini. 

Beliau memberi contoh, pada tahun ini untuk pelajar tahun empat, hanya 300 
daripada 600 orang yang lulus dan ini menunjukkan kemerosotan yang teruk 
dalam pelajaran dengan bahasa Arab merupakan masalah utama.

Setakat ini, katanya, terdapat kira-kira 6,000 pelajar Malaysia menuntut di 
Mesir.

Bagi membantu pelajar yang lemah dalam bahasa Arab itu, beliau berkata, 
jabatan penuntut Malaysia dan persatuan negeri-negeri telah mengadakan 
kursus insentif untuk pelajar berkenaan.

Dalam pada itu mengulas mengenai penglibatan pelajar dengan parti politik, 
Mohd. Fakhrudin tidak menafikannya namun jumlah yang terlibat tidak begitu 
besar.

 Sebab itu kita telah mengambil alih tugas menyambut pelajar sejak tahun ini 
dan tidak lagi menyerahkan kepada pelajar melalui persatuan anak-anak 
negeri kerana tidak mahu pelajar baru dipengaruhi oleh pelajar yang aktif 
dengan politik,  katanya.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment