Thursday, November 24, 2011

Aktiviti guna bahasa Arab diperluas




KEMENTERIAN Pelajaran menerusi Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Japim)
     mempergiatkan pelaksanaan kokurikulum berteraskan bahasa Arab dalam
     memupuk minat pelajar terhadap bahasa al-Quran itu. 
       Timbalan Ketua Pengarah Japim, Abd Rashid Ngah, berkata perluasan
     aktiviti bertujuan menyemarakkan penggunaan bahasa Arab selain memberi
     peluang lebih ramai peserta mengikuti program berkenaan.
       Setakat ini katanya, kokurikulum berteraskan bahasa Arab yang
     dilaksanakan tidak menyeluruh dan antara aktivitinya mencakupi dialog
     bahasa Arab, choral speaking bahasa Arab dan pertandingan bahas bahasa
     Arab.
       "Kita melihat keperluan menarik ramai pelajar mempelajari dan mendalami
     keindahan bahasa Arab dalam pelbagai bidang termasuk teori, praktikal dan
     pelaksanaannya.
       "Hari ini, bahasa Arab menjadi antara subjek penting peringkat sekolah
     malah di institusi pengajian tinggi," katanya pada Pertandingan Akhir
     Debat Bahasa Arab Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008, di
     Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nilai, baru-baru ini.
       Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Usim,
     Prof Datuk Dr Mohamed Asin Dollah.
       Pertandingan julung kali anjuran Usim dengan kerjasama Japim,
     Kementerian Pelajaran itu, Kolej Islam Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
     (Kisas) muncul juara sulung, mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan
     Agama (SMKA) Falahiah, Kota Bharu, Kelantan.
       Kisas diwakili Ahmad Naufal Basri, Siti Aishah Mohd Ramli dan Jaid
     Hafizi Idris bertindak sebagai pencadang dalam perdebatan bertajuk
     `Mempelajari Ilmu Agama Dalam Bahasa Arab Adalah Lebih Baik Daripada
     Mempelajarinya Dalam Bahasa Ibunda'.
       Kejayaan itu melayakkan Kisas merangkul Piala Pusingan Canselori Usim,
     piala iringan, wang tunai RM2,500, kamus elektronik dan sijil penghargaan.
       SMKA Falahiah yang dibarisi Zufar Abdul halim, Umair Osman dan Musa
     Mohd Tan Abdullah pula membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan
     dan sijil penghargaan.
       Pendebat Kisas, Jaid Hafizi pula dinobatkan sebagai pendebat terbaik
     pertandingan akhir dengan hadiah RM800 dan piala iringan.
       Sementara itu, Mohamed Asin pertandingan membuktikan komitmen Usim
     dalam memartabatkan penggunaan bahasa Arab bukan saja di universiti,
     malah di peringkat sekolah.
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment