Thursday, November 24, 2011

60 sekolah sertai debat bahasa Arab




ENAM puluh sekolah dijangka menyertai Pertandingan Debat Bahasa Arab
     Sekolah Menengah 2008 yang julung kali dianjurkan Universiti Sains Islam
     Malaysia (Usim).
       Pertandingan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
     Kementerian Pelajaran, akan diadakan selama lima hari bermula 20 Jun ini.
       Ia bertujuan menyemarakkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar
     sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi.
       Selain itu, pertandingan turut dijadikan medan terbaik melatih dan
     mengasah bakat kepemimpinan dan berfikir secara kritis dan kreatif di
     kalangan pelajar mengenai isu semasa.
       Pada masa sama, pertandingan itu juga dapat mempromosikan bahasa Arab
     di samping meletakkannya setanding dengan perdebatan kategori bahasa
     Melayu dan Inggeris seterusnya melahirkan bakat baru yang berkaliber.
       Penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah menengah kebangsaan agama,
     sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh dan Kelas Aliran
     Agama di sekolah menengah harian.
       Setiap sekolah dibenarkan menghantar satu pasukan saja dan penyertaan
     terhad kepada 60 sekolah pertama yang mendaftar untuk menyertai
     pertandingan itu. 
       Johan pertandingan bakal menerima wang tunai RM2,500, Piala Pusingan
     Naib Canselor Usim, piala iringan dan sijil. Naib Johan pula meraih
     RM2,000, piala iringan dan sijil.
                                   (END) Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment