Thursday, November 24, 2011

30 imam China dalami bahasa Arab di Malaysia




BERITA SETEMPAT 

KUALA LUMPUR Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah 
menjemput 30 imam dari negara China untuk memperbaiki ilmu pengajian 
bahasa Arab selam enam bulan bermula Mei lepas, kata presidennya Datuk 
Dr Mustapha Ma. 

"Jemputan ini bertujuan memperkenalkan persamaan budaya yang wujud 
antara budaya China dan budaya Islam di sini untuk dibawa balik ke negara 
China," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Muhibah 
Malaysia-China yang dirasmikan Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, 
Kesenian dan Warisan Teng Boon Soon di sini baru-baru ini.

Mustapha berkata, para imam tersebut akan berada di sini sehingga 
November untuk bersama-sama merasai suasana menyambut bulan puasa 
dan perayaan Aidilfitri dengan masyarakat tempatan.

Beliau berkata, untuk memberi pendekatan berbeza dalam proses 
pembelajaran bahasa Arab, imam-imam ini akan dihantar belajar di Universiti 
Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Darul Naim, Kolej 
Insaniah di Alor Star dan Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri 
Sembilan.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Datuk Wan Mahmood 
Pa'wan Teh berkata majlis makan malam muhibbah itu antara lain bertujuan 
membuat kutipan amal untuk disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di 
Wilayah Sichuan, China yang berlaku pada Mei lepas.

                    (Source : Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment